Selamat datang

GAPEMA

GAPEMA adalah singkatan daripada perkataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

Ditubuhkan pada 25 Oktober 2015 dan dianggotai oleh persatuan, penjaja dan juga peniaga Melayu dan Bumiputera dari seluruh negeri di Malaysia.

Setiap negeri GAPEMA diwakili oleh Ketua Perhubungan Negeri yang mengawal-selia unit atau badan di setiap negeri.

Tuesday 13 February 2018

Taklimat Pemilikan Trak Pelbagai guna GAPEMA dan PPK1MS 2018

Satu siri taklimat berkenaan pemilikan dan pembiayaan trak pelbagai guna telah diadakan di Sarawak khasnya di Bintulu dan       di Kuching pada 05-06 Febuari 2018.
Di Bintulu, ianya diadakan di Tapak Karnival Usahawan , Commerce Square Bintulu Sarawak.

Taklimat di Kuching diadakan di UTC Sarawak, Jalan Padungan Kuching, Sarawak.
Turut hadir ialah Pihak GAPEMA Selangor, Pihak pembekal dari MCG, pihak Agrobank untuk pembiayaan kewangan.




Program ini didatangkan khas untuk usahawan di Sarawak oleh GAPEMA Selangor (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia) dengan kerjasama PPK1MS (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak) dan juga dari PUKB (Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu)


Antara contoh rekabentuk untuk trak pelbagai guna (foodtruck)

Taklimat tersebut adalah berkenaan skim pembiayaan dan pemilikan kepada usahawan dari kalangan ahli-ahli PPK1MS. Antara lain syarat-syarat kelayakan untuk pemilikan  trak tersebut ialah :
Mesti menjadi ahli PPK1MS atau GAPEMA
Rakyat Malaysia
Berumur 18 Tahun Ke atas
Mempunyai perniagaan berlesen (syarikat atau indvidu)
Telah menjalankan pernigaan atau ingin memulakan perniagaan.

Dokumen yang diperlukan ialah:
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Lesen / permit perniagaan
Salinan Penyata Bank (6 Bulan)
Gambar lokasi / tapak perniagaan yang akan dijalankan.

Kumpulan penyelaras program di Kuching Sarawak.

Usahawan yang hadir dikalangan ahli PPK1MS

Antara usahawan yang hadir di taklimat GAPEMA di Kuching Sarawak. Encik Saufie Amir dari GAPEMA Selangor memberi taklimat kepada peserta.

Pembiayaan pemilikan trak pelbagai guna termasuk 'Foodtruck' untuk perniagaan berasaskan makan dan minum. Pembiayaan terbaik daripada rakan PPK1MS dari Agrobank 
Mengenakan faedah pembiayaan paling rendah dengan bantuan Geran Kementerian Asas Tani.
Ini semua merangkumi pembiayaan trak dan aksesori atau juga untuk suntikan modal permulaan dan modal pusingan.

En Zain mewakili YDP PPK1MS yang juga merupakan ahli gabungan GAPEMA menyampaikan cenderahati kepada Steven Goh yang turut memberi taklimat.

Taklimat pemilikan ini juga diadakan di Bintulu Sarawak pada hari sebelumnya kepada usahawan-usahawan Bintulu. Pihak PPK1MS memberi kuota pemilikan sebanyak 10 unit trak untuk Bintulu sebagai permulaan.
Turut hadir di majjlis tersebut ialah pihak BDA (Bintulu Development Authority) yakni pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kawasan Bintulu.

 Usahawan-usahawan terpilih yang menyertai taklimat skim 'foodtruck'

 Antara hadirin pada taklimat tersebut di Bintulu Sarawak


Siri taklimat di Bintulu Sarawak, En Saufie Amir dari GAPEMA Selangor memberi taklimat.

Program taklimat  ini adalah merupakan satu usaha untuk mentransformasikan para usahawan kepada keadaan yang teratur, bersih dan mudah urus kepada perniagaan mereka.
Trak yang diketengahkan adalah tidak terhad kepada 'Foodtruck' sahaja dan ianya terbuka kepada pelbagai perniagaan lain yang boleh dijalankan dengan trak atau kenderaan bergerak. Ini termasuklah jualan pakaian, jualan produk asas tani, jualan atau perkhidmatan dan sebagainya.

Program ini akan dijalankan secara berterusan pada masa-masa akan datang mengikut permintaan ahli-ahli PPK1MS dan usahawan-usahawan.


Friday 3 November 2017

Kumpulan Pendidikan Uniti, GAPEMA meterai memerandum persefahaman

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi bumiputera yang berdaya saing dan terkemuka di Malaysia, Kumpulan Pendidikan Uniti melakar sejarah tersendiri dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Selangor (GAPEMA)


Presiden Kumpulan Pendidikan Uniti, Datuk Jamal Mohd. Amin berkata, menerusi perjanjian strategik tersebut, Kolej Uniti bersedia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pejabat yang moden, lengkap dan berkualiti kepada GAPEMA dan seluruh ahlinya untuk tujuan menjalankan aktiviti perniagaan dan keusahawanan.
“Alhamdulilah dengan termeterainya perjanjian ini, ia dilihat sebagai satu medium terbaik dalam menggembangkan dan menyebarluas imej kolej sebagai satu institusi pendidikan terulung negara.
“Menerusinya, ia secara tidak langsung juga membantu dalam usaha menerokai pasaran antarabangsa selain menjadikan Kolej Uniti sebagai sebuah institusi yang berjaya melahirkan generasi usahawan dalam kalangan graduan,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani Mou tersebut di Menara Arina Uniti di sini sebentar tadi.

Katanya, menerusi perjanjian yang dijalinkan antara dua pihak itu, ia secara tidak langsung membantu kolej dan GAPEMA ke arah bidang perniagaan, keusahawanan dan sektor-sektor lain yang berdekatan.
GAPEMA diwakili Pengerusi Perhubungan GAPEMA (M) Selangor, Tuan Saufe Amir Mohd. Yaacob.


Program Jelajah Pedalaman ke Sg Asap, Belaga Sarawak bersama KPDNKK

Pada 13 Oktober 2017, Satu Majlis 'Jelajah Pedalaman bersama KPDNKK telah berlangsung di Uma Balui Ukap, Sg Asap Belaga. Program tersebut adalah dengan kerjasama Persatuan Orang Ulu dan GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.


Program Jelajah Kepenggunaan & Keusahawanan dan Pelancaran Friends Of KPDNKK (FOK) dilakukan serentak bersama penyampaian Watikah PPP (Penyelarasan Pengguna Parlimen).
Seramai 31 Ahli PPP telah menerima Watikah perlantikan tersebut daripada Kawasan Parlimen seluruh Sarawak.




Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) adalah sebagai mata dan telinga untuk memantau perjalanan perdagangan terutamanya di kawasan luar bandar.



Program yang dijayakan bersama KPDNKK, Persatuan Orang Ulu, GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS).



Program tersebut antara lain mengetengahkan peluang perniagaaan kepada masyarakat Oarang Ulu. Agensi seperti KPDNKK, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malayasia (MKM), Pihak Polis dan juga Jabtan Bomba dan Penyelamat turut memberi info yang berguna kepada peserta.


Ahli jawatankuasa yang telah membuat perancangan selama ini turut memastikan perjalanan program lancar dan mengikut perancangan.



Perjalanan dari Bandar Bintulu ke Sg Asap mengambil masa 2 setengah Jam melalui jalan berturap melintasi dataran bukit. Jalan tersebut terus menghubungi Empangan Bakun





Program Pelancaran dan penyampaian Watikah telah diakhiri dengan penyampaian watikah, pelancaran dan sesi dialog dengan ketua-ketua kaum di kawasan tersebut.

Tuesday 3 May 2016

Mengiringi menteri-menteri semasa PRN Negeri Sarawak April 2016

Semasa kempen Piliharaya Negeri Sarawak 2016. Pada hari ini 04 April, Mesyuarat Menteri Kabinet diadakan di Sarawak. Dalam amsa yang sama pihak GAPEMA turut hadir untuk memberi sokongan kepada calon-calon dikalangan kawan-kawan seperjuangan di Sarawak.

 Bersama Tan Sri Annuar Musa semasa kempen Majlis Di Gedong Serian, kawasan YB Datuk Hj Naroden Bin Hj Majais. Kelihatan En Saufie Amir (WP), Datuk Omar (Perak) dan Tn Hj Nawawi (Sarawak)
 Bersama Calon YB Hj Naroden Majais (Baju Biru), YB Nacy Hj Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Tan Sri Annuar Musa (Pengerusi MARA merangkap Presiden Kelantan Football Association )


 Dari Kanan Bersama Datuk Ahmad Bahri, Dato Sri Shabree Chik, Menteri Pertanian Malaysia dan Ahli Majlis Presiden GAPEMA Datuk Omar, Timbalan Presiden GAPEMA Malaysia Tn Hj Nawawi dan En Saufe Amir, Pengerusi Badan Perhubungan GAPEMA Wilayah Persekutuan

Santai bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ghazali, Datuk Aizan, Pegawai khas dan Senator Datuk Hamzah.

Bersembang bersama menteri KPDNKK , Dato Sri Hamzah Zainuddin di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak.

Bersama Menteri Kewangan II Malaysia.

Tuesday 26 April 2016

GAPEMA bersama Menteri di Sarawak

Pada 24-25 April rombingan Pihak Menteri KPDNKK telah datang Ke Sarawak untuk lawatan kerja yang juga meliabatkan lawatan-lawatan ke kedai-kedai KR1M di Kuching, Batu 13 dan di Serian.

Pihak GAPEMA turut sama menyambut dan memberi penghormatan kepada KPDNKK, GAPEMA diwakili oleh Timbalan Presiden, Tn Hj Nawawi Bin Ibrahim

Kemesraan Timbalan Presiden GAPEMA bersama YB menteri DS Hamzah Zainuddin, menteri KPDNKK Malaysia.

 Lawatan Menteri ke sebuah Kpg terpencil berdekatan sempadan Indonesia / Sarawak.



YB menteri sempat menurunkan tandatangan semasa melawat booth pameran GAPEMA di Kuching Sarawak. Turut kelihatan ialah Dato Zahrah, CEO SSM Malaysia.

Beramah mesra bersama penduduk kampung yang terlibat dengan pembangunan koperasi Kampung tersebut

Turut hadir bersama semasa memberi sokongan kepada calon semasa hari penamaan calon BN di Stakan, DS Hj Ali Bin Mahmud, Sarawak

Timbalan Presiden GAPEMA bersama dengan pegawai-pegawai KPDNKK.
Dari Kiri Datuk Stanley Tan, pengarah KPDNKK Sarawak, Dato' Seri Jamil Salleh, Ketua Setiausaha KPDNKK Malaysia,  Mat Fauzi ketua Bahagian Hal ehwal penjaja KPDNKK dan Dato Basaruddin Sadali, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK.

Rombongan Dato Seri Hamzah Zainuddin telah berangkat pulang ke Semenanjung pada 26hb April 2016 setelah membuat beberapa lawatan kerja ke Sarawak.

Tuesday 19 April 2016

Bersama kepimpinan Negeri Sarawak dan KPDNKK semasa program Keusahawanan

Pada 9 April Satu karnival Usahawan telah diadakan di Gedong Sarawak. Hadir bersama ialah Dato Seri Jamil, KSU KPDNKK, Datuk Naroden Majais, Menteri pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Menteri Perancangan Sumber Sarawak


Bersama pegawai dari KPDNKK





Timbalan Presiden bersama Pegawai KPDNKK dan pembesar dan menteri Sarawak.

Bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri perancangan Sumber Sarawak

Meriah, kehadiran sokongan kepada program yang dianjurkan oleh KPDNKK dan Kerajaan Negeri Sarawak
Dato Sri Jamil Salleh, KSU KPDNKK sedang memberi kata-kata aluan kepada hadirin


Thursday 7 April 2016

Mesyuarat GAPEMA di Kuala Lumpur 05 April 2016

Mesyuarat GAPEMA telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Hotel Sani Kuala Lumpur pada 05 April 2016. Mesyuarat diadakan pada 8:00 pm berlanjutan hingga lewat malam,
Perbincangan sekitar agenda memajukan GAPEMA bagi membantu ahli-ahli yang bernaung di bawah GAPEMA.
Semua Ahli mesyuarat dari seluruh Negeri memberi komitmen yang tinggi untuk kemajuan dan pembangunan GAPEMA

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Presiden Ybhg Datuk Mohamad Bin Mahmood (Johor)

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah
En Nadzri (Kedah), Roslani (Sabah) Tok Sidang Hj Bahar (Melaka), Rahim Abdullah (Selangor) Khairudiin Dan (MKT Selangor)