Selamat datang

GAPEMA

GAPEMA adalah singkatan daripada perkataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

Ditubuhkan pada 25 Oktober 2015 dan dianggotai oleh persatuan, penjaja dan juga peniaga Melayu dan Bumiputera dari seluruh negeri di Malaysia.

Setiap negeri GAPEMA diwakili oleh Ketua Perhubungan Negeri yang mengawal-selia unit atau badan di setiap negeri.

Friday 3 November 2017

Kumpulan Pendidikan Uniti, GAPEMA meterai memerandum persefahaman

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi bumiputera yang berdaya saing dan terkemuka di Malaysia, Kumpulan Pendidikan Uniti melakar sejarah tersendiri dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Selangor (GAPEMA)


Presiden Kumpulan Pendidikan Uniti, Datuk Jamal Mohd. Amin berkata, menerusi perjanjian strategik tersebut, Kolej Uniti bersedia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pejabat yang moden, lengkap dan berkualiti kepada GAPEMA dan seluruh ahlinya untuk tujuan menjalankan aktiviti perniagaan dan keusahawanan.
“Alhamdulilah dengan termeterainya perjanjian ini, ia dilihat sebagai satu medium terbaik dalam menggembangkan dan menyebarluas imej kolej sebagai satu institusi pendidikan terulung negara.
“Menerusinya, ia secara tidak langsung juga membantu dalam usaha menerokai pasaran antarabangsa selain menjadikan Kolej Uniti sebagai sebuah institusi yang berjaya melahirkan generasi usahawan dalam kalangan graduan,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani Mou tersebut di Menara Arina Uniti di sini sebentar tadi.

Katanya, menerusi perjanjian yang dijalinkan antara dua pihak itu, ia secara tidak langsung membantu kolej dan GAPEMA ke arah bidang perniagaan, keusahawanan dan sektor-sektor lain yang berdekatan.
GAPEMA diwakili Pengerusi Perhubungan GAPEMA (M) Selangor, Tuan Saufe Amir Mohd. Yaacob.


Program Jelajah Pedalaman ke Sg Asap, Belaga Sarawak bersama KPDNKK

Pada 13 Oktober 2017, Satu Majlis 'Jelajah Pedalaman bersama KPDNKK telah berlangsung di Uma Balui Ukap, Sg Asap Belaga. Program tersebut adalah dengan kerjasama Persatuan Orang Ulu dan GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.


Program Jelajah Kepenggunaan & Keusahawanan dan Pelancaran Friends Of KPDNKK (FOK) dilakukan serentak bersama penyampaian Watikah PPP (Penyelarasan Pengguna Parlimen).
Seramai 31 Ahli PPP telah menerima Watikah perlantikan tersebut daripada Kawasan Parlimen seluruh Sarawak.




Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) adalah sebagai mata dan telinga untuk memantau perjalanan perdagangan terutamanya di kawasan luar bandar.



Program yang dijayakan bersama KPDNKK, Persatuan Orang Ulu, GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS).



Program tersebut antara lain mengetengahkan peluang perniagaaan kepada masyarakat Oarang Ulu. Agensi seperti KPDNKK, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malayasia (MKM), Pihak Polis dan juga Jabtan Bomba dan Penyelamat turut memberi info yang berguna kepada peserta.


Ahli jawatankuasa yang telah membuat perancangan selama ini turut memastikan perjalanan program lancar dan mengikut perancangan.



Perjalanan dari Bandar Bintulu ke Sg Asap mengambil masa 2 setengah Jam melalui jalan berturap melintasi dataran bukit. Jalan tersebut terus menghubungi Empangan Bakun





Program Pelancaran dan penyampaian Watikah telah diakhiri dengan penyampaian watikah, pelancaran dan sesi dialog dengan ketua-ketua kaum di kawasan tersebut.