Selamat datang

GAPEMA

GAPEMA adalah singkatan daripada perkataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

Ditubuhkan pada 25 Oktober 2015 dan dianggotai oleh persatuan, penjaja dan juga peniaga Melayu dan Bumiputera dari seluruh negeri di Malaysia.

Setiap negeri GAPEMA diwakili oleh Ketua Perhubungan Negeri yang mengawal-selia unit atau badan di setiap negeri.

Tuesday 26 April 2016

GAPEMA bersama Menteri di Sarawak

Pada 24-25 April rombingan Pihak Menteri KPDNKK telah datang Ke Sarawak untuk lawatan kerja yang juga meliabatkan lawatan-lawatan ke kedai-kedai KR1M di Kuching, Batu 13 dan di Serian.

Pihak GAPEMA turut sama menyambut dan memberi penghormatan kepada KPDNKK, GAPEMA diwakili oleh Timbalan Presiden, Tn Hj Nawawi Bin Ibrahim

Kemesraan Timbalan Presiden GAPEMA bersama YB menteri DS Hamzah Zainuddin, menteri KPDNKK Malaysia.

 Lawatan Menteri ke sebuah Kpg terpencil berdekatan sempadan Indonesia / Sarawak.



YB menteri sempat menurunkan tandatangan semasa melawat booth pameran GAPEMA di Kuching Sarawak. Turut kelihatan ialah Dato Zahrah, CEO SSM Malaysia.

Beramah mesra bersama penduduk kampung yang terlibat dengan pembangunan koperasi Kampung tersebut

Turut hadir bersama semasa memberi sokongan kepada calon semasa hari penamaan calon BN di Stakan, DS Hj Ali Bin Mahmud, Sarawak

Timbalan Presiden GAPEMA bersama dengan pegawai-pegawai KPDNKK.
Dari Kiri Datuk Stanley Tan, pengarah KPDNKK Sarawak, Dato' Seri Jamil Salleh, Ketua Setiausaha KPDNKK Malaysia,  Mat Fauzi ketua Bahagian Hal ehwal penjaja KPDNKK dan Dato Basaruddin Sadali, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK.

Rombongan Dato Seri Hamzah Zainuddin telah berangkat pulang ke Semenanjung pada 26hb April 2016 setelah membuat beberapa lawatan kerja ke Sarawak.

Tuesday 19 April 2016

Bersama kepimpinan Negeri Sarawak dan KPDNKK semasa program Keusahawanan

Pada 9 April Satu karnival Usahawan telah diadakan di Gedong Sarawak. Hadir bersama ialah Dato Seri Jamil, KSU KPDNKK, Datuk Naroden Majais, Menteri pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Menteri Perancangan Sumber Sarawak


Bersama pegawai dari KPDNKK





Timbalan Presiden bersama Pegawai KPDNKK dan pembesar dan menteri Sarawak.

Bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri perancangan Sumber Sarawak

Meriah, kehadiran sokongan kepada program yang dianjurkan oleh KPDNKK dan Kerajaan Negeri Sarawak
Dato Sri Jamil Salleh, KSU KPDNKK sedang memberi kata-kata aluan kepada hadirin


Thursday 7 April 2016

Mesyuarat GAPEMA di Kuala Lumpur 05 April 2016

Mesyuarat GAPEMA telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Hotel Sani Kuala Lumpur pada 05 April 2016. Mesyuarat diadakan pada 8:00 pm berlanjutan hingga lewat malam,
Perbincangan sekitar agenda memajukan GAPEMA bagi membantu ahli-ahli yang bernaung di bawah GAPEMA.
Semua Ahli mesyuarat dari seluruh Negeri memberi komitmen yang tinggi untuk kemajuan dan pembangunan GAPEMA

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Presiden Ybhg Datuk Mohamad Bin Mahmood (Johor)

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah
En Nadzri (Kedah), Roslani (Sabah) Tok Sidang Hj Bahar (Melaka), Rahim Abdullah (Selangor) Khairudiin Dan (MKT Selangor)

Sunday 3 April 2016

Keahlian GAPEMA

Keahlian GAPEMA adalah daripada persatuan,warga penjaja dan peniaga di seluruh Malaysia. Keahlian adalah daripada pelbagai latar belakang perniagaan. Ini termasuklah perniagaan seperti 

kontraktor binaan dan bekalan, 
Penjaja-penjaja, 
Pengusaha Kilang, 
Pekedai dan supermarket, 
Usahawan pembuatan, 
Nelayan dan pengilang hasil laut, 
Usahawan Produk kecantikan dan kesihatan, 
Pengusaha dan Pembuat kuih, 
Pengendali restoren, 
Pengurus acara,
Pemprosesan hasil tani
Pengusaha industri pertanian
dan pelbagai lagi. 




Keahlian GAPEMA adalah dari seluruh Negeri di Malaysia. Antara lain setakat ini (April 2016). Keahlian adalah seperti berikut. Keahlian ini akan bertambah dari masa ke masa.

Sarawak         1,029 ahli
Johor              2,000 ahli
P. Pinang           580 ahli
N Sembilan    3,217 ahli
Terengganu       368 ahli
Pahang              480 ahli
Melaka           1,521 ahli
Wailayah P.       100 ahli
Selangor             50 ahli
Perak                300 ahli
Kelantan           300 ahli
Sabah                570 ahli
Kedah               100 ahli         
Perlis (GAPEMA Belum diwujudkan)

Jumlah 
Kesluruhan  10,795 ahli

Setiap individu atau peniaga yang ingin menjadi ahli, sila berhubung kepada GAPEMA negeri masing-masing.



Dapatkan borang keahlian di Badan Perhubungan Negeri masing-masing.

Friday 1 April 2016

Aktiviti-aktiviti GAPEMA di sana-sini


Koleksi aktiviti-aktiviti GAPEMA Negeri-negeri seperti apa yang admin maklum sebelum ini. GAPEMA adalah bebas untuk mengadakan aktiviti atau program-program yang menjurus kepada kepentingan ahli-ahli dan warga penjaja dan peniaga Melayu.

Antara lain berikut adalah photo-photo seperti apa yang saya maklum melalui whatapps 

Aktiviti GAPEMA Johor yang dipimpin oleh En AB Hj KAHAR BIN MASHURI





 Gerai peserta yang ikut serta di progarm tersebut





Aktiviti GA{EMA Pulau Pinang dibawah HJ ZANOL ABIDIN BIN HJ ISMAIL.
Antara lain seminar dan taklimat untuk ahli-ahli



Barisan GAPEMA Pulau Pinang yang turut serta dalam program dan aktiviti.

Taklimat berkenaan AIM - bersama GAPEMA P,. Pinang


GAPEMA Sarawak dibawah HJ NAWAWI BIN IBRAHIM
memperkenalkan GAPEMA kepada usahawan-usahawan yang terlibat dalam program-program Kerajaan.


Cenderahati kepada YB Menteri daripada GAPEMA Sarawak



 Bersama Datuk Omar di gerai pameran SEDC (Saarwak Economic Development Corporation)
di Kuching Sarawak


Mesyuarat dan Perbincangan bersama GAPEMA Wilayah Persekutuan dibawah 
EN SAUFIE AMIR BIN HJ YAACOB




GAPEMA Selangor dibawah pimpinan HANIM BT MOHD SAID - perbincangan bagi menangani masalah kenaikan sewa tapak niaga di Selangor


Melawat tapak niaga di Selangor - kerja-keja pembersihan.


GAPEMA Pahang diketuai oleh NORRIZAL BT AB AKHIR - mesyuarat Ahli-ahli jawatankuasa dan pengerak GAPEMA Pahang.





GAPEMA Terengganu dibawah NORHISHAM ISKANDAR BIN ARIFFIN - Perbincangan aktiviti-aktiviti




GAPEMA Melaka - bersama Tok Sidang BAHARUDDIN dan ALIAS BIN AHMAD dan rakan-rakan seperjuangan GAPEMA.

Tok sidnag dan Alias

GAPEMA Perak - bersama DATUK HJ OMAR BIN AHMAD dan ahli-ahli jawatankuasa - satu perincangan hala tuju GAPEMA.




Datuk Omar bersama Menteri KPDNKK, DS Hamzah Zainuddin, Ketua Setiausaha KPDNKK DS Jamil Salleh, CEO Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Dtk Zahrah Abd Wahab Fenner, Pengarah SSM Negeri Sarawak, Adzman Bin Ahmad
Sembnag santai




Saufie, Hj Nawawi dan Dtk Omar bersama pegawai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)


Mesyurat GAPEMA 05 April 2016

GAPEMA akan mengadakan Mesyuarat di Hotel Sani, Kuala Lumpur pada 05 April 2016 (Jam 8:00 malam)
Antara lain agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

a) Ucapan / Amanat daripada Tuan Presiden
b) Mengesahkan usul dalam Mesyuarat Agung yang lalu
- Pindaan Perlembagaan
- Perlantikan Setiausaha
c) Laporan daripada GAPEMA Negeri-negeri
- Status Pengujudan ( Senarai AJK)
d) Lain-lain Hal yang berbangkit

Kehadiran untuk mesyuarat ialah :
Ahli Majlis Presiden
Ahli Majlis Ttertinggi 
dan
Pengerusi Badan Perhubungan GAPEMA negeri-negeri



SANI KUALA LUMPUR - lokasi mesyuarat GAPEMA April 2016








Kehadiran mesyurat tersebut adalah wajib kerana dalam mesyuarat tersebut GAPEMA akan menerangkan tanggunjawab-tanggungjawab dan peranan GAPEMA Negeri-negeri.
Ini termasuklah perancangan aktiviti, pengurusan dan pentadbiran jawatankuasa negeri-negeri dan pelbagai perkara mustahak.

Selepas mesyurat ini nanti, GAPEMA negeri-negeri akan begerak sendiri tanpa perlu merujuk kepada GAPEMA Induk melainkan untuk beberapa perkara penting.