Selamat datang

GAPEMA

GAPEMA adalah singkatan daripada perkataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

Ditubuhkan pada 25 Oktober 2015 dan dianggotai oleh persatuan, penjaja dan juga peniaga Melayu dan Bumiputera dari seluruh negeri di Malaysia.

Setiap negeri GAPEMA diwakili oleh Ketua Perhubungan Negeri yang mengawal-selia unit atau badan di setiap negeri.

Friday 3 November 2017

Kumpulan Pendidikan Uniti, GAPEMA meterai memerandum persefahaman

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi bumiputera yang berdaya saing dan terkemuka di Malaysia, Kumpulan Pendidikan Uniti melakar sejarah tersendiri dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Selangor (GAPEMA)


Presiden Kumpulan Pendidikan Uniti, Datuk Jamal Mohd. Amin berkata, menerusi perjanjian strategik tersebut, Kolej Uniti bersedia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pejabat yang moden, lengkap dan berkualiti kepada GAPEMA dan seluruh ahlinya untuk tujuan menjalankan aktiviti perniagaan dan keusahawanan.
“Alhamdulilah dengan termeterainya perjanjian ini, ia dilihat sebagai satu medium terbaik dalam menggembangkan dan menyebarluas imej kolej sebagai satu institusi pendidikan terulung negara.
“Menerusinya, ia secara tidak langsung juga membantu dalam usaha menerokai pasaran antarabangsa selain menjadikan Kolej Uniti sebagai sebuah institusi yang berjaya melahirkan generasi usahawan dalam kalangan graduan,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani Mou tersebut di Menara Arina Uniti di sini sebentar tadi.

Katanya, menerusi perjanjian yang dijalinkan antara dua pihak itu, ia secara tidak langsung membantu kolej dan GAPEMA ke arah bidang perniagaan, keusahawanan dan sektor-sektor lain yang berdekatan.
GAPEMA diwakili Pengerusi Perhubungan GAPEMA (M) Selangor, Tuan Saufe Amir Mohd. Yaacob.


No comments:

Post a Comment