Selamat datang

GAPEMA

GAPEMA adalah singkatan daripada perkataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

Ditubuhkan pada 25 Oktober 2015 dan dianggotai oleh persatuan, penjaja dan juga peniaga Melayu dan Bumiputera dari seluruh negeri di Malaysia.

Setiap negeri GAPEMA diwakili oleh Ketua Perhubungan Negeri yang mengawal-selia unit atau badan di setiap negeri.

Tuesday 13 February 2018

Taklimat Pemilikan Trak Pelbagai guna GAPEMA dan PPK1MS 2018

Satu siri taklimat berkenaan pemilikan dan pembiayaan trak pelbagai guna telah diadakan di Sarawak khasnya di Bintulu dan       di Kuching pada 05-06 Febuari 2018.
Di Bintulu, ianya diadakan di Tapak Karnival Usahawan , Commerce Square Bintulu Sarawak.

Taklimat di Kuching diadakan di UTC Sarawak, Jalan Padungan Kuching, Sarawak.
Turut hadir ialah Pihak GAPEMA Selangor, Pihak pembekal dari MCG, pihak Agrobank untuk pembiayaan kewangan.




Program ini didatangkan khas untuk usahawan di Sarawak oleh GAPEMA Selangor (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia) dengan kerjasama PPK1MS (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak) dan juga dari PUKB (Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu)


Antara contoh rekabentuk untuk trak pelbagai guna (foodtruck)

Taklimat tersebut adalah berkenaan skim pembiayaan dan pemilikan kepada usahawan dari kalangan ahli-ahli PPK1MS. Antara lain syarat-syarat kelayakan untuk pemilikan  trak tersebut ialah :
Mesti menjadi ahli PPK1MS atau GAPEMA
Rakyat Malaysia
Berumur 18 Tahun Ke atas
Mempunyai perniagaan berlesen (syarikat atau indvidu)
Telah menjalankan pernigaan atau ingin memulakan perniagaan.

Dokumen yang diperlukan ialah:
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Lesen / permit perniagaan
Salinan Penyata Bank (6 Bulan)
Gambar lokasi / tapak perniagaan yang akan dijalankan.

Kumpulan penyelaras program di Kuching Sarawak.

Usahawan yang hadir dikalangan ahli PPK1MS

Antara usahawan yang hadir di taklimat GAPEMA di Kuching Sarawak. Encik Saufie Amir dari GAPEMA Selangor memberi taklimat kepada peserta.

Pembiayaan pemilikan trak pelbagai guna termasuk 'Foodtruck' untuk perniagaan berasaskan makan dan minum. Pembiayaan terbaik daripada rakan PPK1MS dari Agrobank 
Mengenakan faedah pembiayaan paling rendah dengan bantuan Geran Kementerian Asas Tani.
Ini semua merangkumi pembiayaan trak dan aksesori atau juga untuk suntikan modal permulaan dan modal pusingan.

En Zain mewakili YDP PPK1MS yang juga merupakan ahli gabungan GAPEMA menyampaikan cenderahati kepada Steven Goh yang turut memberi taklimat.

Taklimat pemilikan ini juga diadakan di Bintulu Sarawak pada hari sebelumnya kepada usahawan-usahawan Bintulu. Pihak PPK1MS memberi kuota pemilikan sebanyak 10 unit trak untuk Bintulu sebagai permulaan.
Turut hadir di majjlis tersebut ialah pihak BDA (Bintulu Development Authority) yakni pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kawasan Bintulu.

 Usahawan-usahawan terpilih yang menyertai taklimat skim 'foodtruck'

 Antara hadirin pada taklimat tersebut di Bintulu Sarawak


Siri taklimat di Bintulu Sarawak, En Saufie Amir dari GAPEMA Selangor memberi taklimat.

Program taklimat  ini adalah merupakan satu usaha untuk mentransformasikan para usahawan kepada keadaan yang teratur, bersih dan mudah urus kepada perniagaan mereka.
Trak yang diketengahkan adalah tidak terhad kepada 'Foodtruck' sahaja dan ianya terbuka kepada pelbagai perniagaan lain yang boleh dijalankan dengan trak atau kenderaan bergerak. Ini termasuklah jualan pakaian, jualan produk asas tani, jualan atau perkhidmatan dan sebagainya.

Program ini akan dijalankan secara berterusan pada masa-masa akan datang mengikut permintaan ahli-ahli PPK1MS dan usahawan-usahawan.


No comments:

Post a Comment