Selamat datang

GAPEMA

GAPEMA adalah singkatan daripada perkataan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

Ditubuhkan pada 25 Oktober 2015 dan dianggotai oleh persatuan, penjaja dan juga peniaga Melayu dan Bumiputera dari seluruh negeri di Malaysia.

Setiap negeri GAPEMA diwakili oleh Ketua Perhubungan Negeri yang mengawal-selia unit atau badan di setiap negeri.

Wednesday, 30 March 2016

GAPEMA era permulaan

Setelah beberpa pertemuan diantara pemimpin-pemimpin Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu di semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak. Maka tertubuhkan lah Gabungan Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Malaysia (atau nama singkatan GAPEMA)

Pemimpin GAPEMA dalam Sidang Akhbar Bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Industri Halal Sarawak (UPUIH). YB Datuk Hj Mohd Naroden Bin Hj Majais

Sokongan daripada pemimpin-pemimpin kesatuan dan persatuan dari Semenanjung adalah sumber inspirasi kejayaan GAPEMA.

Perasmian Pejabat GAPEMA di Lot 331--1-8, Wisma Phoenix, Jalan Song Thian Cheok, 93100 KUCHING Sarawak pada 01 Disember 2015.

GAPEMA telah mengadakan Mesyuarat Agung Yang Pertama di Kuching Sarawak antara lain meminda perlembagaan induk dan cadangan-cadangan bagi memajukan GAPEMA di seluruh Malaysia.



No comments:

Post a Comment