Gabungan ini ditubuhkan pada 28 Oktober 2015.
Pejabat pendaftaran adalah di Lot 331-1-8, Ground Floor, Wisma Phoenix, Jalan Song Thian Cheok 93100 Kuching Sarawak.
Keahlian GAPEMA adalah dari seluruh Unit Perhubungan Negeri-negeri di seluruh Malaysia. GAPEMA juga dianggotai oleh Persatuan-persatuan yang mempunyai sama matlamat.
GAPEMA telah dirasmikan oleh YB datuk Haji Mohad Naroden Bin Majais, Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Industri Halal Sarawak pada 1hb Disember 2015 di Wisma Phoenix, Kuching Sarawak.
Penyertaan GAPEMA adalah merangkumi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Diterajui oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Negeri-negeri.
Keahlian GAPEMA melalui setiap Unit Perhubungan negeri adalah terdiri daripada usahawan dan penaiaga dari pelbagai latar belakang. Ini termasuklah
1) Usahawan / Pengusaha Kedai-kedai runcit.
2) Usahawan bidang kontraktor Binaan dan Bekalan.
3) Usahawan dari bidang Latihan dan Kursus.
4) Pengusaha Gerai dan pasar-pasar.
5) Pengusaha Katering.
6) Usahawan daripada Pengurusan acara.
7) Usahawan secara dalam talian (Online).
8) Usahawan MLM dan Pemasaran secara jaringan.
9) Usahawan dan Pengusaha Franchais.
10) Pengusaha pembuatan dan kilang pengeluaran makanan.
11) Usahawan bidang pengangkutan.
12) Pengiklanan dan Pemasaran.
13) Usahawan Elektronik.
14) Usahawan bidang professional (Perakaunan, Guaman, Audit dsbnya.)
15) Usahawan berasaskan pertanian.
GAPEMA juga terbuka kepada plenagai bidang niaga yang selagi aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang dan peraturan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment