GAPEMA Sarawak di anggotai oleh Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia (PPK1MS) yang diketuai oleh Tn Hj Nawawi @ Narawie Bin Hj Ibrahim dan anggota penggerak yang terdiri daripada individu-individu yang innovatif dan kreatif serta usahawan-usahawan tempatan yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau.
Tn Hj Nawai @ narawie Bin Hj Ibrahim
Presiden PPK1MS merangkap Timbalan Presiden Gabungan Persatuan, Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (GAPEMA)
Tuan Hj Nawawi bersama Menteri KPDNKK, Dato Seri Hasan Malik dan rombongan Kementerian
Sentiasa meneruskan perjuangan dan sentiasa berhubung baik dengan pemimpin-pemimpin kementerian yang terdahulu dan juga sekarang ini melalui GAPEMA.
Photo kenangan - Tn Haji Nawawi bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Industri Halal Sarawak, YB Datuk Hj Mohd Naroden Bin Hj Majais (Tengah) dan Datuk Hasan Malik, menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Kenangan Tn Hj Nawawi bersama Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Hj Abd Taib Bin Mahmud yang banyak memberi sokongan dan dorongan.
Kenangan bersama Menteri KPDNKK, YB dato Sri Ahmad Shabery Cheek semasa melawat gerai penjaja di Kuching Sarawak. Kelihatan disebelah ialah Datuk Mohammad Bin Mahmood, Presiden GAPEMA sekarang ini.
GAPEMA Sarawak sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan dalam masa yang sama memberi peluang penyertaan dan peluang keusahawanan kepada usahawan-usahawan di bawah GAPEMA Sarawak dan juga PPK1MS
Mesyurat untuk perlaksanaan program SMM - ONE bersama YB Datuk Hj Naroden Majais, Datuk Zaharah (CEO - SMM) dan agensi-agensi Kerajaan yang terliabat.
Tn Hj Nawawi mewakili GAPEMA dalam Mesyuarat bersama pihak SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di Kuching Sarawak
Lawatan pihak SSM diketuai oleh Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner, Ketua Eksekutif , Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM), kelihatan bersama Pengarah Negeri SSM Sarawak, En Adzman Bin Ahmad.
Dalam memperjuangkan nasib penjaja dan Peniaga Melayu, pihak GAPEMA sentiasa memberi sokongan kepada unit-unit dibawah naungannya. Lawatan Perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Tun Abd Razak dimenafaatkan dengan memohon peruntukan untuk menaik-tarafkan pusat Penjaja di Kpg Hj Baki, Kuching Sarawak.
Pihak GAPEMA sentiasa memberi sokongan kepada Unit PPK1MS, Kota Sentosa, Bt Tujuh, Kuching untuk tujuan ini.
Sesi taklimat oleh ketua Unit PPK1MS Kota Pedawan kepada Perdana Menteri berkenaan hasrat murni ini.
Antara lain GAPEMA Sekarang ini menempah tempat dimata pihak Kerajaan dan sentiasa bekerjasama menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh samada pihak kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat. Semangat berganding bahu ini akan diteruskan untuk kesejahteraan GAPEMA seluruhnya.
Photo aktiviti bersama pihak agensi Kerajaan - SSM (ONE - Online Networking Entreprenuers Carnival 2016) di City One Mega Mall Kuching Sarawak.
Bersama Ketua Setiausaha KPDNKK Dato Seri Jamil Salleh -
Wakil GAPEMA dari Perak, Dato Hj Omar bin Ahmad.
Turut kelihatan Dauk Zahrah dan En Adzman daripada SSM
Tn Hj Nawawi menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi MPP, En Low disaksikan oleh AJK PPK1MS Unit Kota Sentosa
Pihak GAPEMA Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Majli Perbandaran Pedawan (MPP) yang bertanggung jawab berkenaan segala aktiviti penjaja dan peniaga di Kota Sentosa Kuching sarawak.
GAPEMA Sarawak sentiasa maju kehadapan dan berusaha untuk menangani permasalahan dan dalam masa yang sama merisik peluang untuk dimenafaatkan kepada ahli-ahli dan warga penjaja dan peniaga